Pages

May 9, 2009

Today will be history for tomorrow!


PESAWAT tangki DC-10 menggugurkan bahan penangkis kebakaran di kawasan yang belum terbakar sebagai usaha melawan kebakaran hutan di Jesusita di pergunungan Santa Barbara, California.
- Foto AP -
May 9, 2009 2:13 pm


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, beramah mesra bersama orang ramai pada majlis sambutan Hari Wesak di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarum, Banting, hari ini. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon, dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.
- Foto Rosdan Wahid -
May 9, 2009 3:36 pm


AHLI bomba memantau kerosakan sebuah rumah yang hangus terbakar di Jesusita, Santa Barbara, California. Kebakaran hutan California telah masuk hari keempat di bandar tepi laut Santa Barbara. Para pegawai bomba berharap cuaca akan membantu mereka mengawal api yang kini memusnahkan 75 buah rumah.
- Foto Reuters -
May 9, 2009 12:52 pm



TIGER Wood memukul bola pada lubang ke-14 dalam pusingan kedua Kejohanan The Players di di TPC Sawgrass, Pantai Ponte Vedra, Florida.
- Foto AFP -
May 9, 2009 10:51 am



PENDUDUK menyusuri jalan yang dibanjiri limpahan Sungai Poti di Teresina di timur laut Piaui, Brazil. Banjir dan banjir lumpur di utara Brazil berikutan hujan selama berbulan-bulan memusnahkan lebih 214,000 rumah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang.
- Foto Reuters -
May 9, 2009 10:55 am



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberi penerangan oleh pembantu kurator Muzium Kesenian Islam, Adline Abdul Ghani (kiri) mengenai Maqamat Al-Hariri selepas merasmikan Galeri Khas 2 Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur, hari ini.
- Foto Effendy Rashid -
May 8, 2009 11:59 pm

1 comment:

suziekuteri said...

so...what happen outside...and inside malaysia..
same2 kite renung2kan dan kekalkan keamanan ini selame2 nyer