Jun 13, 2011

*Dinner *

Hari ni sy cuti. Tak keje. So dlm pikiran macam2 nak buat itu ini. Semalam cari ikan salmon kat Zemart takde..kecewa sket. Then balik umh citer kt husband dat my plan nk masak ikan salmon (feveret hubby) with sos putih plus mashed potato gravy. Terus hubby ajak g cari jugak ikan salmon kat giant. nasib baik jumpa.rezeki kami. alhamdulillah. Alkisahnya bermula apabila semalam sy keje kt opis agak kebosanan cz keje tak byk sgt so mencari2 resepi yg menarik kt internet. then terjumpa menu ni yg mmpunyai feedback positive yg byk. so apalagi..sy mesti cuba! hehe.. lagi2 hubby dr dulu nk cr resepi yg sedap utk msak salmon bersos putih ni. ;)

Dan inilah dia hasil yg diperolehi setelah dipraktikkan tadi.. alhamdulillah nice.. taste sooo goooood! clap clap to myself. hehe. 
Salmon sos putih + mashed potato gravy + aksesori tambahan

close up sket.. full pinggan ni.
Nak buat camni?? ha ni dia resepi yg sy nak share dgn semua. Mudah. Simple Dimple saje..hehe

Salmon Steak dgn Sos Putih

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 keping ikan salmon
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih
  • Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.  
Mashed potato gravy

Bahan-bahan ( 2-3 org )
  • 2 biji kentang (dadu kecil)
  • 1/4 cwn susu segar
  • 1 tbsp butter
  • sedikit blackpepper
  • sedikit garam
  • **utk gravy**
  • 1/2 kiub pati lembu Rusuk (maggi punye)
  • 3/4 cwn air
  • stgh biji bwg besar(dadu kecil)
  • 1 tsp tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
  • sedikit blackpepper
Cara-cara
  1. rebus kentang dgn sedikit garam sampai empuk.bila dah empuk,lenyekkan.
  2. dlm periuk lain..panaskan susu dan butter sampai butter cair.padamkan api
  3. masukkan kentang yg dah lenyek tadi..gaulkan sebati.
  4. masukkan blackpepper dan gaul lagi.
  5. **utk gravy**
  6. didihkan air bersama kiub pati lembu..
  7. masukkan bwg dan tepung jagung yg dh bancuh.kacau sampai agak pekat..(xperlu garam psl kiub tu dh masin)
  8. last skali masukkan blackpepper dan padam api.
  9. bila nak hidang..ceduk mashed potato td gune 2 sudu(agak2 bulat)...cedukkan gravy keatasnye..dah siap..=p 
 Selamat mencuba ye. =)

1 comment:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. blog menarik, singgahla ke blog saya :)