Oct 21, 2011

*Cahaya Keikhlasan dan Kejujuran*

As salam..

Sudah lama rasanya blog ini bersawang menyepi tanpa berita. Sudah banyak juga perkara-perkara yang perlu dicoretkan di sini tak dapat nak dicoretkan disebabkan kekangan masa yg tidak membenarkan ibu ni mengarang di sini..hehe.. tajuk entry post kali ni berkisar anak kami yang memiliki nama yg bermaksud cahaya keikhlasan dan kejujuran
yang sudah menjangkau umur 7 bulan atau setepatnya sudah masuk 32 minggu menjengah kehidupan dunia. Alhamdulillah.


Antara perkembangan anak ini yg ibu perlu catatkan buat tatapan anak pertama di masa besarnya kelak ;)

* 4 bulan - mengiring, gelak ketawa
* 5 bulan - meniarap tanpa maju kedepan tp sudah pandai duduk bersimpuh
* 6 bulan - meniarap, merangkak perlahan, duduk tegap, makan (huhu)
* 7 bulan - merangkak laju dgn expertnya, duduk, berdiri berpaut memanjat..makin banyak akal. ;)

Semoga anak menjadi anak yang solehah, mendengar kata ibu ayah, bijak pandai... amin.

No comments: