Pages

Oct 19, 2012

Renungan Jumaat : Tutuplah Aurat

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.


Tudung yang menutupi rambut dan leher itu adalah hanya menutupi 10% daripada aurat wanita Islam sedangkan bahagian badan dari kaki, betis, peha hingga ke pinggul,dada dan lengan yang wajib ditutup dan dijaga adalah 90% daripada keseluruhan aurat. Jadi, apa guna dan apa hikmah seorang wanita Melayu itu bertudung lengkap sedangkan majoriti bahagian tubuh lainnya terdedah dan dibaluti oleh pakaian yang sendat ketat atau jarang. Tudung tersebut tidak mampu dan tidak akan memberi kesan adab dan akhlak kepada si pemakai dan orang-orang yang melihatnya kerana 80-90% aurat utama telah bersifat menggoda dan menaikkan nafsu seksual akibat tidak dikenakan pakaian yang betul menepati syariat Islam.
Trend menggabungkan fesyen tutup aurat dan fesyen mencemar aurat inilah yang digelar oleh segelintir masyarakat sebagai
'Bertudung tetapi seksi'. Tidak pernah wujud konsep seksi menggoda di dalam pemakaian seorang wanita Islam. Apa yang lebih teruk, bertudung sambil berpakaian sendat ketat sebenarnya adalah seperti memperlekehkan arahan Allah dan mempersendakan kemuliaan fesyen sopan Muslimah.




Renungan kita bersama..Subhanallah..

Sumber: Sini & Sini

No comments: