Pages

Jan 17, 2011

* Mari Makan Buah Delima *

Semalam aku mencari lagi stok buah delima..mula2 dlu cari kt Jusco Seremban 2.. sebiji dlm 2.50 jek (saiz sederhana) mase tu rembat 5 biji terus.. then bile abis stok.. g cari kt Giant Wangsa Maju..dpt 4 biji degan harga yg mahal.. sebijik dlm 4.50..huhu..saiz besar sket je dr yg mase beli kt jusco mula2 dlu..then semalam menambah lagi stok pegi ke Jusco semula..harga sebijik da nek 4.29 sebijik..huhu..tp nseb baek saiz dia super xL.. hehe..puas hati. Byk khasiat buah delima ni rupenye.. aku dok browse website td cr kebaikan dan khasiatnye..then terjumpala ini..

Sumber dr blog2 laen.. antara khasiat buah delima:
  • orang kata makan buah delima nanti anak cerdik ...
  • orang kata lagi, kalau makan buah delima nanti anak ade lesung pipit!
  • orang kata nanti mata anak cantik & bercahaya...
  • Ustaz kata dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
  • Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
  • Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...
  • Mmg ramai yang bagi petua kalau nak anak bijak, makan buah delima waktu pregnant. Buah delima ni asalnya dari tanah arab...
  • Ada jugak aku dengar dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, ibu & bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak... 
  • Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, 
  • Antara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila orang melihat wajah anak itu nanti, hati orang akan merasa belas dan kasihan kepadanya...
  • A study published in Pediatric Research found that drinking pomegranate juice during pregnancy helped protect newborns' brains during traumatic births.
  • Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.
  • Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
  • Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
  • Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
  • Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
  • Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
  • Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.
  • Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
  • Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
  • Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
    Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.
    Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta acid folic yang penting pada tahap awal kehamilan.
  • Boleh mengurangkan berat badan.
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah.
  • Mencegah dr nyanyuk.
  • Mencantikkan kulit.
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung- prevent morning sickness.
  • even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"... 


So, to all preggy mommies out there, jom la kita makan buah delima !!! Actually aku makan sebab nak kan khasiat nya yg kaye dgn sumber iron (tambah darah utk ak yg anemia semasa pregnant..)
 
Kekadang pada pendapat aku, anak yg bijak tu kurniaan (gifted) dari Allah kita hanya perlu berdoa.
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.hmm..ade yang mcm mengarut, tapi banyak gak khasiat dia. Anyway dalam Qur'an pun ade tulis pasal buah delima ni, so aku yakinlah..buah delima ni banyak khasiat dia yang bagus2.
Buah Delima (rumman ) dalam Al Quran disebutkan di beberapa tempat, iaitu dalam Surat Al An’am 99 dan 141, serta Ar Rahman 68.
Dalam sebuah hadith mauquf dan marfu’, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda bahwa Buah Delima termasuk buah syurga. “ Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang artinya, “ Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima’ “ Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”.
Bahagian2 Buah Delima, terutama kulit luarnya mengandung asam tanat ( Tannic Acid) iaitu zat pembasmi dan pembersih bakteria. Sedangkan jika diperah (dibuat jus) selain mengandung Tannic Acid juga zat gula mentol dan unsur besi dalam jumlah yang cukup tinggi. 


Kisah buah Delima ditangan Sayidina Ali
Suatu ketika Fatimah az-Zahra putri Rasulullah SAW jatuh sakit dan beliau meminta kepada suaminya Sayidina Ali agar dibelikan buah delima di pasar. Atas rasa cintanya kepada beliau Sayidina Ali segera pergi kepasar untuk membeli buah delima untuk istrinya.Setelah mendapatkan buah tersebut dia segera kembali ke rumah,di jalan dia bertemu dengan seorang pengemis dan meminta buah tersebut,dikarenakan isterinya juga menginginkan buah delima tersebut akhirnya buah tersebu di bagi dua.Yang kini ada di tangannya hanya setengah dari buah delima untuk istrinya.Lalu beliau melanjutkan perjalanan kembali kerumah,lagi-lagi ada seorang pengemis yang sangat kelaparan mengharapkan bantuan dari Sayidina Ali,di karenakan rasa sayang yag tinggi terhadap sesama maka diberikanlah buah delima tersebut yang seharusnya dia berikan untuk istrinya. Akhirnya Sayidina Ali kembali kerumah dengan tangan hampa tanpa membawa buah yang di inginkan oleh istrinya Fatimah az-Zahra. Setiba dirumah diceritakanlah kejadian tersebut sehingga dia tidak membawa buah yang diinginkannya. Sedangkan dikamarnya Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril as,yang memberitakan apa yang telah dilakukan oleh Sayidina Ali tersebut,dan ditangannya Jibril as membawa 10 buah-buahan dari surga sebagai pengganti buah yang telah di berikan oleh Sayidina Ali kepada pengemis tadi. Nabi memanggil salah seorang sahabatnya yaitu Abu Said al-Khudri ra,agar mengantar- kan buah-buahan ini kepada Sayidina Ali dan putrinya Fatimah az-Zahra. Diperjalanan Abu Said memasukkan 1 dari 10 buah tersebut kedalam pakaiannya,entah di karenakan iri ingin merasakan buah-buahan yang segar yang tidak ada dikota Madinah waktu itu atau dia hanya ingin menguji kehebatan Sayidina Ali. Setibanya dirumah Sayidina Ali,Abu Said memberikan salam kepada sayidina Ali dari Rasulullah untuknya,sambil memberikan buah-buahan tersebut kepada Sayidina Ali. Tapi anehnya sayidina Ali menolaknya,lalu ditanya mengapa kamu tidak mau menerima pemberian dari Rasulullah? Allah telah menjelaskan dalam firmanNya setiap kebaikan dibalas dengan 10 kebaikan sedangkan ini hanya ada 9,jawab Sayidina Ali. Dengan wajah malu Abu Said memberikan satu buah yang dia umpatkan dari kantongnya,sambil berkata: Aku hanya menguji dirimu. Itulah balasan atas setiap kebaikan bahwa Allah akan membalasnya dengan 10 x lipat.

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:

*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim 


1 comment:

jusdelima said...

nikmati gaya hidup sihat bsma JUS DELIMA pomepure.100% asli.sila layari http://ajih83.pomepureasia.com @ hubungi aziz 0199311274.atau blog sy http://jusdelima83.blogspot.com