Pages

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Jan 17, 2011

* Persiapan *

~ jemuran pakaian2 utk bakal si kecil ~
Bab-bab mendobi mencuci pakaian2 bakal si kecil udah dilaksanakan..hihi..patutnya time 28 mggu dlu lagi aku kene setelkan tapi la ni da cecah 33 minggu baru tersetel perkara itu..hihi..da siap pack masuk beg utk dibawa ke hospital.. (lega sket hati ni).. =)

Opps.. perkakas bby utk feeding belum dicuci lagi..huhu..esokla..kiki..tak larat da nk wat rini. 
Apa lagi ek? hehe..terasa byk plak yg kne pikirkan lagi..haa...

Study!! yeehaa..

~ koleksi buku utk di study kan ~

* Menanti Tilam Kekabu *

Udah lame tak update blog..sebenarnya byk gak mende yg telah blaku yg bermain2 di kepala utk di share disini tp asik tak berkesempatan nak mengarang..ecece..karangan la sgt..=D
Tgk topik entry ni * Menanti Tilam Kekabu *...act aku order tilam ni by online jek..malas nk survey nek kete ke sana ke mari..so better ak survey kt intenet je..window2 terjumpa site ni as recommended by my sister ujie.. KEDAI MINI KELANTAN. tgk price..tgk design n tgk jenis dia..aku agak berkenan n terus bersoal jawab dgn empunya site ni SITI .. mulanya nk cr kain sendiri utk sarungnya tp last2 soh siti je yg belikan kt Kelantan nun..hihi..siap siti ni bg gmbr kain yg kt kedai kt aku utk aku pilih design mane..wahh bgus sungguh siti. Aku amik design bercorak donald duck kaler blue (universal kaler la kan) utk set lengkap tilam bby termasuk comforter with price rm150 Only..bg ak murah da tu.. cz sekali siap ngn sarung semua.. bantal je 4 bijik..byk la tu kan. Tilam ni siti dah pos ke aku tp lom sampai lagi cz pakai pos domestik so take time 2-3 hari lgpon br semalam siti pos.. mybe sok lusa smpai la ia..tak sabor den nk tgk dpn mate.. haa..gmbr kt bwh ni yg siti publishkan kt site dia..cumel!!




Nanti da sampai aku bg testimonial sini ey..hihi 
promoter plak jadinya.. nway thnx siti.
=)

Jan 9, 2011

* Al kisah Scan 3D *



Hehe..

We have the answer! akhirnya terjawab sudah persoalan.. tapi sejauh mane kebenaran scan 3D ni?? 
Baru ni aku pergi scan di Klinik Pakar Wanita Rekha di Seremban. Umm..bayaran dia ok. not too expensive berbanding tmpt lain. Actually tak teruja sgt nk buat scan 3D ni tapi disebabkan ada percanggahan gender baby kami jadi kami terpaksa akur utk menilik gender baby kami ni.

Mari aku story sket.. pada minggu ke-24 aku pregnant, aku telah pergi scan 2D di Klinik Najihah, Nilai.. pergi scan tu pon sbb ramai org kate bile dah masuk 6 bulan da bolay nmpak gender baby. Then dgn tak sabar nye ak n husband pergi ke klinik tu. Bila scan, kami pon tgk skrin yg dipaparkan..agak2 tak berapa nak paham la tgk imej yang wujud di situ. so kami pon bykla bersoal jwb dgn doc di situ. Ukuran kepala baby, ukuran perut, panjang tulang peha, denyut jantung, kuantiti air ketuban n the most penting ialah nak tau gender nye..hihi..then dgn confident doc ckp haa..nampak itu 2 tut tut.. haha (pepaham jela ey).. then kami tnye semula are u sure doc? then doc ckp biase kalau dah nampak ni mmg boley kate tepat. =p jeng jeng jeng.. (actually kami tak kisah pon gender apa..betol tak tipu! hehe) 

Bila dah tau gender ni di kepala otak aku n husband masing2 pikirkan nk shopin barang for baby jenis ape kaler ape n cmne rupernye..hihi..excited coz baru nak stat menyopin time tuh..

Selepas hampir 85% persiapan baby dilakukan means dah masuk minggu ke-30 aku di scan lagi oleh doc di klinik kerajaan kuarters klia.. doc disitu check saiz baby semua..then tetiba doc ckp ni mcm nmpak line je.. (apa yg korg paham??) hehe.. terkejut gak aku tp wat biase je..haha.. bercanggah pulak da dgn result scan 24weeks tu.. aiseymen.. tp masa tu alhamdulillah baby dalam keadaan yg memuaskan..sihat..saiz pon ok..ibu tak mengalami obesiti..berat pon cun2 je naik..hehe.. 

Bermula kisah itulah kami bertekad nak scan 3D. So usha2 tmpt akhirnya kami pergi yg terdekat di Seremban (spt di atas).. register dlm pkul 11pg.. agak ramai la..dlm pkul 2pm dia soh dtg semula..kami merewang di Terminal One.. lunch di situ n jalan2 cuci mata..(letih sket al maklum perut dah membuyung ke depan dgn jayanya ;p).. dlm pkul 2 lebey baru kami sampai di klinik semula.. terus nama ak dipanggil utk scan. uhh.. bedebar.. pesan kat baby byk kali before scan supaya tidak segan mempamerkan gendernya..  akan tetapi masa scan rupanya baby kami agak segan.. dia menutup mukanya dgn tgn..hihi cumel je even tak nmpk muka sepenuhnya..time tu dia tgh hisap jari =) tapi thnx baby coz tak menyorok gender ngn ibu n ayah.. doc ckp ni mcm line..hehe..so apa kah mksud itu? boleh dianggap 99% tepat ke? org ramai ckp boley dipercayai hampir 100% bila wat 3D scan ni.. so we accept it with happy heart.. =) wink2!

Anyway we juz wait n see until diz baby keluar melihat dunia .. huuuu.. Apepon semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.. aminn..

Dec 29, 2010

* Check up @ 30 weeks *

Tadi utk kesekian kalinya (tak igt da berapa kali da g cz stat awal pgnnt dlu smpai sekarang kene wat checkup every 2weeks) aku g ke KK Klia utk wat checkup @ 30weeks. Seperti biasa, timbang berat.. (udah naek sekilo in 2weeks menajdi 56kg)..check tekanan darah sume..alhamdulillah ok..
Then, kene check air kencing (NIL/BLUE).. n HB test.. huhu..tak naek tak turun but still lower.. 9.6 je.. aku nak kne tingkatkan lagi ni dalam masa sebulan je lagi at least cecah 10 lebey..semakin risau dibuatnye... 
Sesi bertemu dgn nurse..mula2 nurse check da brp weeks..udah masuk 30weeks! so dia suruh buat carta pergerakan bby in tummy starting tomorrow onwards. mesti kene ade pergerakan 10kali dalam tempoh 12jam bermula 9am-9pm..huahua..knela mulakan dgn tekun dan konsisten..demi utk kebaikan bby dlm tummy ni..ok baby..ibu akan cuba yang terbaek..pastikan baby aktif ye..hihi..

Selepas tu sesi bertemu dgn doc pulak..seperti yg dijanjikan, mggu ke 30 doc akan scan buat kali kedua. Seronok tgk sbb bby da besar..tapi ada jgk yg aku tak bpe nk paham tgk skrin tu cz scan 2D je.. kepala bby aku tgk doc ukur diameter dlm 7.5cm..cumelnye.. then nmpak tummy dia..alhamdulillah ok.. nmpak tulang rusuk dia..backbone.. tgn..cute2 je..jantung dia..normal..kaki pon nmpak..tp aku tak brp nk paham.. then doc focus kt anu dia..jeng2..mengejutkan aku cz dlu ms 6 bulan ade scan kt klinik swasta..katenye itu..tp doc ni plak katenye ini..huuuu..mane nk trust ni?? persiapan aku pon byk ke arah itu.. pening2.. berat baby dah 1.6kg..air ketuban pon ok..uri pon terletak di posisi yg baik..kepala bby pon da ader dibawah..semoga bby ni berkedudukan normal ye smpai ke kemuncak hari kelahiran nnt..ibu nak melahirkan kamu secara normal..insyaAllah.. 
Selesai sesi checkup trus aku call my husband menceritakan segala result2 test aku tadi.. n the most yg surprise kan dia ialah about jantina baby kami ni.. hehe..da agak da msti dia terkejut..so cepat je dia ajak g konfemkan lagi kt hospital/klinik swasta weekend ni..buat scan 3D terus katenye..OK! no prob! aku pon pening..tak mengharapkan mane2 itu or ini.. juz menerimanya dgn baek..semoga baby sentiasa sihat walafiat..ibu sayang kamu ok. =) Tggu weekend ni ibu n ayah nak tilik kamu.. hihi. jgn meyorok ye sayang..

p/s: rakan2, dimana ye yg ok utk buat scan 3D?? 
tujuan utama nk check jantina..

GIRL?

BOY?

Dec 23, 2010

* Persediaan bersalin utk bakal ibu *

* Sumber diambil dari TINTADAHLIA *

Sewaktu kandungan sudah mencecah 6 bulan, sepatutnya ibu sudah perlu mula membuat persediaan samada dari segi mental, emosi dan fizikal. Kelengkapan-kelengkapan juga perlu disediakan sedikit demi sedikit sebelum kandungan mencecah 7 bulan. Mana tahu, kita bersalin masa 7 bulan kan. Lagi pula, kita sudah tak larat nak shopping banyak-banyak bila kandungan sudah sarat. Bukanlah nak tunjuk kita excited tapi ia satu keperluan supaya tidak nanti kita menyusahkan suami yang akibatnya menyusahkan kita juga..bukan begitu?.

Persediaan Si Ibu Sepanjang Waktu Pantang

1. Kain batik lepas (Kain batik yang belum dijahit). Ia sebagai alas semasa tidur terutama sebulan selepas bersalin;

2. Kain batik yang sudah siap dijahit. Untuk dipakai seharian di rumah. Bagi yang berduit, dapatkan blaus yang memudahkan pergerakan dan selesa;

3. Baju/blaus yang memudahkan Si Ibu untuk menyusukan anak dan ia mesti selesa untuk Si Ibu. T-Shirtpun boleh. Pilih T-Shirt yang tidak terlalu tebal atau nipis;

4. Produk kesihatan. Banyak di pasaran sekarang. Ia perlu di zaman moden ini kerana pantang zaman sekarang tidak seperti zaman dulu-dulu;

5. Orang untuk menjaga Si Ibu dan Si Anak semasa pantang.

6. Khidmat Mengurut. Ini perkara wajib. Mesti dapatkan tukang urut yang betul. Kalau boleh maklumkan kepada dia awal-awal. Senang buat perancangan.

7. Tuala wanita bersalin sebanyak 280 keping/ 14 peket (20 keping sepeket) bagi kegunaan 5 keping sehari selama 60 hari. Pilih yang mempunyai permukaan lembut. Bagi yang tidak kisah untuk pakai kain, ia terpulang. Kedua-dua ada baiknya;

8. Stokin. Orang kata, masuk angin jika tidak pakai stokin. Jadi, mesti selalu pakai stokin untuk kesihatan;

9. Alat-alat jagaan kebersihan wanita. Jangan lupa juga perkara-perkara asas yang lain seperti syampu, ubat gigi, bedak, sikat, tuala muka-rambut-dan badan-asingkan. Pastikan diri Si Ibu sentiasa kemas dan terurus.

10. Pastikan rumah dikemaskan sebelum bersalin. Supaya tak berserabut nanti. Dalam pantang tidak boleh buat kerja berat

11. Sediakan tilam yang tidak begitu tebal atau nipis. Biasanya tukang urut tidak mengurut atas katil tapi di atas lantai. Ia juga memudahkan si ibu bergerak ke sana ke mari.

12. Batu tungku.

13. Ubat-ubatan dan krim badan. Selain produk kesihatan yang kita beli di pasaran, penting juga, jika ada untuk kita minum air akar kayu, sapu minyak angin kat badan, dan krim stretch mark.

14. Katil bayi.

15. Diapers/Lampin Si Anak. 280 keping untukk 60 hari. Lampin/diaper anak yang baru lahir perlu sentiasa ditukar, lebih kurang 5/6 kali sehari.

16. Tilam, bantal, selimut bayi.

17 Alatan mandi bayi. . Jadi elok mendapatkan alatan yang yang memang selalu diguna dalam jumlah yang banyak sekaligus. Maksudnya dalam botol besar. Bedak tak perlu beli dalam botol besar.

18. Pakaian Si Anak. Beli awal-awal dan pilih warna neutral (biasanya bila kita scan anak
perempuan, mulalah kita nak beli warna pink, begitu juga sebaliknya. Tapi sejauh mana kita yakin anak perempuan yang akan lahir nanti, betul tak?

19. Basin mandi Si Anak.


Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai 3
6. T-Shirt 3
7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos 1
12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu


Persediaan Si Anak

Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.

1. Beg Bayi
2. Selimut 2
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1
6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket
7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)
8. Susu formula (tin/peket kecil)
9. Minyak telon/ Yu yee

Persediaan awal sebegini amat penting bagi kita supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari. Tindakan awal sebegini juga tidak akan menyusahkan suami kita terutama sekali bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak. Apa lagi jikalau tiba-tiba suami ada urusan penting dan tinggallah kita keseorangan dengan anak. Jadi, apabila semua sudah ada, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. 

Dec 22, 2010

* Dah dapat parcel from Little Whiz *

Baru je tadi aku dapat parcel dr Little Whiz. Happy rase.. Semalam order, hari ni da sampai.. =)

Bukan ape sgt pon beli..juz melangkapkan apa yg tak lengkap.. hehe.. disebabkan takde masa nak kuar2 g kedai..shopin kt bilik pon boley kan..kan..bak kate org zaman sekarang..semuanya di hujung jari. Ya betul tu! Cuma kenela pandai berjimat n kawal nafsu membeli belah online ni..
(mcmla aku dlm kategori tu..hihi)..kdg2 terbabas jgk dibuatnye..
mari tgk apa yg dapat!
|
|
|
V


 One Box yang agak kebasahan sket kne ujan td ms org courier tu kuarkan dr lori..


isi2 kandungannya..


 1 warmer!

1 Autumz cooler bag
1 baby change Mag (like changing mat)
1 bottle brush set (not in pic).. hehe

excited..cz tgk list keperluan kt side bar blog ni byk yg da agak kebiruan = da ade dlm stok kelengkapan.. 
sikit je lagi..

tak sbr nk FuLLy Complete!

Dec 21, 2010

* @ 29 weeks *

Alhamdulillah.. mggu ni kandunganku dah cecah 29 mggu.. terasa amat pantas masa berlalu.. perut ku juga sedah semakin besar.. hehe walaupun ramai kate perutku kelihatan kecil shj namun aku tetap merasakan da besar coz hari2 aku rasakan semaikn tegang perut ni.. hehe..baby ni seolah2 menolak2 perutku supaya mmberi ruang yang lebih besar kot utk dia beradu dan membesar.. sabar ey baby.. baru 29 mggu.. lagi 11 mggu je lagi paling lama baby akan stay in my tummy.. sabar ye sayang.. jgn keluar awal sgt tau.. nnt ibu yang kelam kabut.. =)

Bila dah masuk 29 mggu ni makin bergiat aktifla aku melengkapkan keperluan baby n ibu utk berslin nnt.. husband ku? hihi..aku rasa mmg lelaki jenis yg relaks. Tak pulak tgk dia kelibut cm aku dok pikir apa yg perlu dilengkapkan.. mmg lumrah lelaki cmtu kot.. anyway..it's ok.. yg penting dia mahu menemankan aku jikalau aku mahu shopin barang2 keperluan itu..itupun dah ckup berterima kasih.. tq hny.. ^.^

Kandungan aku..semakin lama semakin aktif bergerak sampaikan bgn pagi baby kejutkan..hehe..bijak anak ibu ni..mlm2 ibu nak tidur..baby ajak teman main..tendang2an dia..huuu.. senak perut ibu ni.. last nite, suamiku happy sgt merasa pergerakan anaknya di dlm tummy aku ni.. katenya aktif sungguh ye..patutla ibunya asyik tersenyum2 n gelak2 bile tgk perut sendiri..hehe..betul tu..aku sendiri pun sgt happy tgk perut ni bergerak2 aktif selalu..then aku pon saluu bercakap2 ngn baby ni..sonok rase if baby ni bg respon.. =) 
tak sbr  nk menanti hari kelahiran.. semoga semuanya selamat.. =)

*pic from baby-gaga.com*

Dec 5, 2010

* Sabtu yang berhabisan poket*

Salam satu Malaysia semua! Hehe..patriotik pulak aku.
Semalam Sabtu, bersamaan 4 Disember 2010 aku n suami pergi berhabisan poket sampai keringla..hehe. Kami plan da lama da sejak pergi fair kat MidValley hari tu.. tujuan utama untuk membeli lagi stok keperluan bakal anak kami nnt. =) sangat seronok dan gembira sebab banyak brg dalam wishlist aku sudah boleh dipotong! Especially yang berat2 punya barang. Thnk u suami.. 

Dibawah ni adalah tempat kami menyoping barang2 baby:

Sweet Cherry Enterprise (M) Sdn Bhd (308103-V)
88 & 90 Jln. PBS 14/4, Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
.......................................
Disini kami angkut bwk balik stroller n playpen. Kat cni actually bukan kedai tapi tmpat pengedar/pengimport dia..main office la kiranya. takla besar sangat. dlm 2 lot kedai 2 tingkat je. Tapi kalau nak beli barang cni da kene decide nak apa n code,nama barang senua ape. Coz barang2 dia semua dalam kotak. No display2.. dan lagi satu mesti bawak CASH in pocket. Tak dilayan jika nak byr guna any card credit o even card debit. hehe.. tp kelebihan dia stok cni ader byk la.


Malaysia Baby and Mother Online Store
No 1C (3rd Floor) Persiaran Permata
Taman Permata
53300 Selangor
MALAYSIA
.......................................
Kat store One Baby World ni pulak kami sumbat lagi kereta comel kami dengan barang2 besar n kecik. Tengah ada SALE kat kedai ni. Boleh tahan la discount price dia. Yang berat kami angkut ialah car seat. Yang len2 tu yang kecik2 jer.. pillow, storage milk bottle, ice cooler pack, nursing bra, cloth diaper, blanket, face towel and etc. Tapi mmg terus terang rambang mata dibuatnye bile tgk barang2 baby ni. nasibla dah buat wishlist siap2 kalo tidak mesti ada yang keluar list..hehe puas hati la coz dapat angkut brg banyak. so lega sket kepala aku..tak byk sgt da yang dok berlegar2 aku pikirkan pasal brg2 baby ni. Kalau tak serabut jgk aku dibuatnye.
Lepas dah setel shoping barang baby, kami pergi makan tengahhari dulu kat area Keramat..byk jugak kami memenuhkan tangki kami ni..alhamdulillah.. sedap dan kenyang! dan kami bersedia untuk memulakan misi seterusnya.. =)
......................................
Misi itu ialah pergi ke Plaza GM.. hehe.. sesaja cuci mata tgk barang2 borong.. so sesapa yang nak memborong barang2 cenderamata ke..handbag ke..kasut ke..toys ke..baju ke.. n macam2 la yang ader kat ctu (7 tingkat!).

A ride to, a walk across, a generous experience awaits you when you arrive at GM Kuala Lumpur - Heart of Wholesale Centre. Located in the heart and historical wholesale district of Kuala Lumpur’s most sensational wholesale destination opens its doors to you where we promise the passion of today’s fast moving fashion and accessories products such as watches & clocks, custom jewellery, sunglasses, ladies handbags, belt, wallet/purse, undergarments, souvenirs & premium items electronics gadgets, R/C toys, scarf, crystal, exotic items, bedroom essentials services alongside the convenience of everyday shopping.
GM Kuala Lumpur is awarded by The Malaysia Book Of Records as The Largest Wholesale Plaza In Malaysia.
.
.
.
Haha..n yang aku agak teruja ialah nak parking kete..first time experience ni.. nak ke tingkat 8 utk park kete..kete kita mesti naik lif! haha..power btol lif tu..dapat tampung sehingga 2500kg..agak2 kete korang ade lebih berat tu tak? masa dok dalam lif tu cuak2 jgk..tp dia angkut satu2 kete nek tgkat 8 memandangkan space parking dia bermula dari tgkt 8 sehingga tingkat 15 or 16..tak sure plak aku. kami park di tgkat 13. huhu tinggi sungguh! gayat aku.. dah bis round2 ctu..kami tgk jam masih awal..pkul 5.15ptg.. 
Suami tanya ada nak pergi mane2 lagi? ummm..tak tau la nk pergi mana..tetiba suami teringat ader Kuala Lumpur Internatial Motor Show (KLIMS) di PWTC. aku pun ok jela.. On.. Jom pegi.. mak ai..jem tol jln nak ke ctu.tapi sampai jugak kami dalam pkul 6 lebih disitu.. park kete kat Hentian Bas Putra. RM3.00/entry! so cheap la..hehe..
 ........................................................
tapi kami tak terus tuju showcase kete tu..kami pergi ke The Mall dulu.. ehee.. actually aku nak pi cari camera digital memandangkan kami masih belum mempunyai aset itu..tak kisahla price dia coz aku rase standard je harga kat semua kedai even kt Lowyat yang mgkin tgh sesak time tu.. so aku rembat je satu.. camera compact Olympus.. hehe..blue colour.. puas hati! da de camera sendiri..yeay da boley snap gmbar byk2.. =)



Da setel beli..perut lapar pulak.. then apa lagi kami p makan la lagi utk makan mlm but before dat kami p solat dulu kat surau The Mall. Boley tahan ok la surau tu cuma air paip dia slow sket. Maybe sebab ramai kot time tu.. Then kami pusing2..cr tempat makan..tup tup kaki kami menjejak Kenny Roger Roaster..huuu..kosongkan poket lagi.. tapi tak kisahla..janji sedap. hehe.. hampir pkul 10 baru kami keluar dari The Mall tu.. showcase tu tak sempat nak g..n lagipun kene bayar nak masuk situ.. RM20/entry tak silap.. so kami rase rugi kalo masuk sbb da pkul berapa masa tu..cam tak berbaloi je.. so mybe we will get there again on Tuesday..maybe la..kalo aku larat..hehe..
......................................
 Tuptup drive balik ke Nilai..sampai rumah dalam puklu 11 lebey..
Alhamdulillah..PUAS BERJALAN!
=)

Nov 28, 2010

* Hasil Penat Menjelajah Expo *

Alhamdulillah..

Apa yang aku nak dapat dicari semalam di expo midvel semalam.

 Berlubang gak la poket ni tapi puas hati sebab mmg murah betul la harga barang2 yg aku beli setanding jenamanya. hihi.. cuma ada satu item yg tak dapat digrab semalam sbb kehabisan stok...huuu.. igt nk pegi lagi hari ni  tapi dah tak larat da...

Hasil belian akan ku update later.. =))
:
:
:
:
:
Jeng jeng jeng..
Antara hasil-hasilnye yang tak seberapa ialah:
1- Electric Breast Pump Set (np: Rm599, dp: Rm299 Only)
2- Sterilizer Set come with 3x260/9ozml feeding bottle and 1x160ml/5oz feeding bottle (np: Rm429, dp: Rm270 Only)
3- 2x Anti Colic Plus Feeding bottles (np: Rm39.90/bottle, dp: Rm20 Only/bottle)
4- Teats (0-3m, 3-6m, 6+m) (np: Rm22.90/set, dp: Rm 12 Only/set) every set ada 2 teats

Bagi aku mmg murah.. hehe..berbaloi la aku rase.. n untuk pengetahuan semua ni satu brand yang sama..saja aku nak bagi selaras..hehe..so trade mark utk set berkaitan feeding ni SATU nama je..hihi
bila balik kampung nanti or g mane2, my baby punye bottle set satu jenis jela. ;)
That's Tommee Tippee!
Cute as it's name..
N some baju comel2 n mura2 je aku capai 5 pasang kat Jusco..huu..tak masuk list pon tapi takpe..beli sket2 kan..lame2 jadila bukit..sumer pon aku beli saiz 3 months above.. org kate baby cepat membear kan..so beli la yg besar sket..hikhik.. 
Thanx to my honey sbb bersungguh-sungguh utk shoping kali ni.. hehe..
next week kita g shopping lagi nak.. kt Shah Alam pulak.. =)
Hehe..sementara masih kuat dan larat berjalan lama ni, better memulakan misi2 membeli belah ni di saat ini..
hehe.. gaya mcm poket aku ni penuh ngat.. ;p

NOTE (behalf of my part) - Pending items are: 
warmer set, 
baby bath tub, 
diaper bag, 
cooler bag, 
ice cooler pack..

Nov 25, 2010

* Little Whiz.com *

Apa pendapat korang tentang store ni?

link dia klik sini.

Aku sebenarnya agak teruja dengan year end sale yang dia buat. tapi tak taula berbaloi ke tak.. korang yang pernah pergi sini mehla share pendapat.. aku plan nk beli dekat store ni..
breast pump set, 
feeding bottle set, 
warmer,
baby to toddler bath tub,
diaper bag 
...................................................


 ~ Feeding Bottle ~
~ Breast Pump Set ~
~Food n Bottle Warmer ~


and brand yang aku tertarik hati adalah Tommee Tippee.. comel bottle feeding dia! Korang biasa pakai botol jenis ape? Avent? Bumble Bee? Pureen? The First Years?

Sila jemput bagi pendapat. terima kaseh ye.. =)