Dec 6, 2010

* Salam Maal Hijrah *

 
Kalendar Islam kita sudah pun membuka lembaran tahun baru.. kita sekarang telah masuk tahun 1432H.. bermulanya tahun baru ni sudah semestinya masing-masing mempunyai azam baru untuk menjadi lebih berkualiti tak kira dari aspek apa sekali pun kan. Renungkan diri. Muhasabah diri. Apa yang telah kita lakukan dan apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi lebih baik dari tahun-tahun2 sebelumnya..
Apa-apa pun adakah anda telah membaca doa akhir tahun dan doa akhir tahun tadi? Kepada yang tidak terlupa akannya, Alhamdulillah... semoga apa yang dihajati menjadi realiti dengan kesungguhan diri untuk mencapainya. Kepada yang terlepas waktunya, anda tidak semestinya tiada peluang itu. Anda masih boleh berdoa memohon kepada ALLAH swt apa yang anda hajati.. =)
Mudah-mudahan apa yang kita semua hajati dicapai dgn penuh tekad.
InsyaAllah..


No comments: