Sejak disahkan hamil bln 10 tahun lepas (2014), hati ni sgt berbunga2 dan sgt bersyukur dengan rezeki ini setelah anak sulung menginjak ke umur 3-4tahun.. Bila check last date period dan berkira-kira, EDD ak untuk kehamilan kedua ini adalah bulan 7 tahun 2015 iaitu jatuh dalam bulan Ramadhan.. (menduga iman ni).. hehe. So bermula la saat2 manis mengandung. Hurm..tak semua manis la..ada masam masin pahitnye jugak..
Kebetulan masa tau yang ak pregnnt tu, nxt weeknya nak fly ke Kota Kinabalu sebab ak ngn cik hubby adalah PJJ..wah sedih wooo...hehe. So dgn redhanya, ak dan anak sulungku teruskan juga hajat ke sana even ada org kate di awal kehamilan tidak digalakkan naik flight.. yela masa disahkan hamil tu aku dah 4/5 weeks pregnnt. So, agak riski la org kate.
Alhamdulillah, ak tidak alami any complication during flight. Seminggu jugakla di Kota Kinabalu. Then, meneruskan kehidupan PJJ. Memang sangat mencabar sebab time awal2 ni kemabukan dan loya hamil tu mula menyerang. Tak lalu makan, lembik, rase nak tidooo je tau. Lagi2 bila ada anak sulung di bawah jagaan ak sendiri so memang kena tabah dan kuat.
.
.
.
.
.
.
Dipendekkan cerita, pada akhir Januari 2015, permohonan pertukaran tempat kerja ku ke Kota Kinabalu diluluskan. Alhamdulillahhh.... rezeki anak nak duduk sebumbung dengan ayahnya. Pada 1 Februari 2015, ak, suami dan anak sulung berangkutan brg2 naik flight dr KLIA ke KK.. 4 Februari 2015 adalah tarikh utk aku lapor diri di pejabat baru.. So sekarang aku dah ada family sebumbung tinggal di perantauan bumi Sabah Di Bawah Bayu.. hihi.. survive sendiri satu family di sini berjauhan dengan keluarga terdekat. Heee.. walaupun Sabah ni adalah Malaysia jugak tapi memang ada rasa jugakla "asing"nya...haha..
Tapi di opisku skrg, ramai jgkla org semenanjung so takdela rase weird sgt.
Sambung kisah mengandungku.. so bila dah pindah sini, aku mmg kene la tukar klinik untuk monthly checkup.. dan setelah diselidik2, choice untuk tempat bersalin hospital kerajaan hanyalah satu sahaja iaitu Hospital Likas.. owhhh...mesti crowded tu.. So terfikir nak survey hospital swasta la pulak kan.. byk je hospital swasta sini tapi nak cari doktor perempuan agak limited. (bukan demand tapi selagi boleh buat pilihan dan kita yang akan bayar so terpaksa la memlilih yg terbaik)..kaaannnnn.. :)
Hospital KPJ dan Hospital Damai, tiada doktor perempuan. Survey Rafflesia Medical Centre (RMC) ada 2 org doktor perempuan. (1) Doc Rani (2) Doc NorIdayu.. So korang agak doktor mana aku pilih??? Hehe.. aku pilih doc no. 2 tu.. Bermulalah kisah.. first checkup aku di sana pada isnin lepas 11/5/2015 semasa kandungan aku mencecah 32weeks++.. (syarat nak bersalin sini at least 2 kali checkup dengan doc pilihan kita ni).. so pergi checkup macam biasa. korang boleh pilih tarikh dan masa bila korang nak ye. Tentang bayaran semasa checkup aku rase berbaloi la.. tak mahal sgt sbb aku tak amik any ubat kot just scan and consultation RM90. okla kan.. Aku expect beratus..hehe.. so next check up is one month later la..
Owh lupa plak nak bagitahu, untuk bayaran bersalin dekat RMC ni for normal delivery is within RM2k-RM3k.. manakala for caesarean delivery is within RM4k-RM6k.. So standbyla ye saving duet..huuu.. padahal diri ni kerja goverment so ada je kemudahan GL.. tapiii.....Hospital Likas tu jauh sikitla then crowded (tp dlm hati masih ada rasa nk bersalin di GH cuma kerisauan sbb fikir ramai student praktikal kat sana so mcm rimas - previous pregnancy experience).. huuu
So now..just wait and see.. counting days (50 days to go towards 3/7/2015)..mudah2an Allah beri peluang untuk aku bersalin normal kali ni.. InshaAllah.
May 14, 2015
Oct 26, 2012
Salam Aidil Adha 1433H
As slm..sempena aidil adha ni, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun jika ada tersalah silap terkasar bahasa secara sengaja atau tidak...
Buat masa ini keadaan tidak mengizinkan untuk bergerak kemana2 dan hari raya kali ini disambut ala kadar..tiada lemang nasi impit mahupun rendang..huhu.. :(
Nway if ada pun bukannya boley makan sgt.. tgh pantang makan sbb baru lepas operate buang chocolate cyst (endometriosis) di HUKM.
Doakan sy cepat sembuh ok.
SELAMAT AIDIL ADHA DARI KAMI SEKELUARGA.
Oct 19, 2012
Renungan Jumaat : Tutuplah Aurat
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Tudung yang menutupi rambut dan leher itu adalah hanya menutupi 10%
daripada aurat wanita Islam sedangkan bahagian badan dari kaki, betis,
peha hingga ke pinggul,dada dan lengan yang wajib ditutup dan dijaga
adalah 90% daripada keseluruhan aurat. Jadi, apa guna dan apa hikmah
seorang wanita Melayu itu bertudung lengkap sedangkan majoriti bahagian
tubuh lainnya terdedah dan dibaluti oleh pakaian yang sendat ketat atau
jarang. Tudung tersebut tidak mampu dan tidak akan memberi kesan adab
dan akhlak kepada si pemakai dan orang-orang yang melihatnya kerana
80-90% aurat utama telah bersifat menggoda dan menaikkan nafsu seksual
akibat tidak dikenakan pakaian yang betul menepati syariat Islam.
Trend menggabungkan fesyen tutup aurat dan fesyen mencemar aurat inilah yang digelar oleh segelintir masyarakat sebagai 'Bertudung tetapi seksi'. Tidak pernah wujud konsep seksi menggoda di dalam pemakaian seorang wanita Islam. Apa yang lebih teruk, bertudung sambil berpakaian sendat ketat sebenarnya adalah seperti memperlekehkan arahan Allah dan mempersendakan kemuliaan fesyen sopan Muslimah.
Trend menggabungkan fesyen tutup aurat dan fesyen mencemar aurat inilah yang digelar oleh segelintir masyarakat sebagai 'Bertudung tetapi seksi'. Tidak pernah wujud konsep seksi menggoda di dalam pemakaian seorang wanita Islam. Apa yang lebih teruk, bertudung sambil berpakaian sendat ketat sebenarnya adalah seperti memperlekehkan arahan Allah dan mempersendakan kemuliaan fesyen sopan Muslimah.
Aug 3, 2012
Jom Libur! Nasi Beriani FREE Air Limau Asam Boi!
NASI BRIANI ISTIMEWA RESTORAN HAJI TAMBY PADANG TEMU MELAKA
credit to: JOM LIBUR! |
Jom serbu jom! Harga pun murahhh..
Klik sini untuk info.
HEBAHKAN!
Berhati-hati semasa bersedekah! :)
Saya tertarik utk membaca kisah ini diambil dari blog blogger terkenal iaitu wartawan mazidul akmal.
Kisah peminta sedekah warga asing telah menipu kita orang Islam di Malaysia dengan menampilkan diri mereka serupa dengan kita sehingga meraih ratusan ringgit hasil kutipan sedekahnya diantara waktu 5pm-7pm semasa kita sibuk berlegar di bazar2.. jangan tertipu..hulurkan bantuan dan sedekah di saluran yang betul seperti pusat zakat, masjid-masjid, rumah anak yatim, aman palestin dll yang terjamin.
http://www.mazidulakmal.com/2012/07/pengemis-bertudung-tetapi.html
Kisah peminta sedekah warga asing telah menipu kita orang Islam di Malaysia dengan menampilkan diri mereka serupa dengan kita sehingga meraih ratusan ringgit hasil kutipan sedekahnya diantara waktu 5pm-7pm semasa kita sibuk berlegar di bazar2.. jangan tertipu..hulurkan bantuan dan sedekah di saluran yang betul seperti pusat zakat, masjid-masjid, rumah anak yatim, aman palestin dll yang terjamin.
http://www.mazidulakmal.com/2012/07/pengemis-bertudung-tetapi.html
Jul 20, 2012
Apr 20, 2012
Sudah Bikin! yuhuuu
VITAMIN FAMILY!!!
Dijemput rakan2 untuk melawat blog baru saya yang masih lagi belum cukup umur.. :)
MARI KLIK2 LINK TU ATAU KLIK SINI OK.
Dijemput rakan2 untuk melawat blog baru saya yang masih lagi belum cukup umur.. :)
MARI KLIK2 LINK TU ATAU KLIK SINI OK.
Subscribe to:
Posts (Atom)