Pages

Apr 13, 2011

* Berurut Selepas Bersalin *

Hari ni aku berurut utk kali ke-7 punye.. hari ni genap aku pantang 40 hari.. before ni aku berurut 3 kali di rumah MIL dan 3 kali di kampung sendiri..harga upah mengurut oleh bidan di kampung aku lebih murah berbanding upah di umah MIL hehe..first time berurut lepas bersalin adalah pada hari ke-10.. aku amik 3 hari berturut2.. then bila balik kampung sendiri aku sambung lagi berurut pada hari ke-15 ( 3 hari berturut jugak).. sekarang aku sambung lagi berurut utk melegakan lagi badan aku ni.. aku tempah bidan tu utk urut 3 hari berturut2 lagi..hihi..best tau rase bdn lepas berurut ni.. segar je.. tadi aku terbaca satu artikel pasal berurut lepas bersalin ni.. bukan ape..pelik sebab tiap kali urut mesti bidan akan sendawa yg mcm kuarkan angin tu..katenye aku ni byk angin..so dia kuarkan angin tu melalui sendawa tu..ummm apekah kaitan itu?? hehe..tp smpai sekarang aku tak tau ape kesinambungannya itu.. haa.. ni antara pengetahuan yg aku dpt dr bacaan artikel ni..

(sumber: BERPANTANG SECARA RAWATAN TRADISIONAL DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU oleh ZURADATOLAKMA BT. HJ. DIN - FPEND)


Berurut menyegarkan badan
Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti  pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya :-

·        Minyak kelapa, dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak.
·        3 camca besar halba
·        4 cm halia ( Zingiber officinale )
·        4 cm kunyit hidup ( Curcuma domestica )
·        3 ulas bawang putih ( Allium sativum )
·        5 biji bawang merah ( Allium cepa )
·        Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
 

2 comments:

Unknown said...

samalah..kak bidan yg urut aritupon dok sendawa je..tak paham gak cemana angin dlm badan kita boleh pegi kt dia..

tiga2 tukang urut yg urut ina aritu semuanya sendawa ke?

ENNA said...

ha a..sume pon sendawa..lagi2 bila dia urut tang perut n kepala..haha..kelakar pon ade..tp takpela..nsb baik bdn pon rase lega..